.. Zaman belajar memang best, semuanya ada depan mata. Aku masih ingat lagi time time lepas S.P.M tu. Masa tu ler, masa kebangkitan. Aku mula bangkit sebab aku jumpa benda yang aku minat. Dari imbi plaza sampailah ke kelahiran low yatt.. situlah sumber untuk aku kenal apa kejadahnya tu “software”. Faham faham je le berapa ringgit boleh dapat kat situ…
Dari sekolah sampai la ke time kat kolej tu, aku masih tak berubah sikap. Aku tetap dengan stail “rebel” atau omputih kata “anti-establishment”. Semua benda yang dah ditetapkan aku tetap kata aku boleh ubah dan tukar ikut suka hati aku.
Aku masih dalam kepompong yang sama sepertimana aku tensen di zaman skolah. Kalau aku tensen aku pegi main game kat kotaraya, baca komik kat Central Market. Paling kerap aku main game la…
Sikap rebel ni membawak aku sampai ke zaman belajar kolej. Bila tiba subjek boring skit je, aku fail. Aku repeat 3 kali paper subjek accounting sampai letcerur tu passkan aku je lah.. sebab dia saspek aku memang takleh terima benda aku tak suka.
Subjek subjek lain especially multimedia.. aku ok je. Sampai letcerur pun tercabar tengok apa aku buat. apa aku buat bukan best pun, tapi stail aku develop dalam kerja tu buat dorang terkedu. Alangkah betapa rajinnya aku bermain dengan “layer”.. dalam kerja aku buat.
..Dalam pada masa yang sama ketika itu, aku boleh terjerumus dalam scene black metal. Jangan salah faham.. bukan black religion.. tapi genre music black metal.. .Aku sukakan music extrim ketika itu.
Aku pun tak tahu kenapa aku boleh join crowd ni. Mungkin ketika itu darah muda baru bergelora untuk kenali sesuatu yang lain daripada yang lain. Hidangan yang diberikan oleh dunia semakin sama.. balik balik yang kuat dan berkuasa akan menang.. manakala yang kecil dan baru sukar diterima..
Jiwa yang aku panggil “Kegelapan” pada ketika itu adalah satu transition diri aku untuk menjadi apa aku sekarang. Kerana “jiwa hitam” atau “passion” kata omputih ni mendragkan aku lebih lagi dalam teknologi penerbitan multimedia.. pada ketika itu.
Selain dari itu, jiwa hitam yang aku lalui ketika itu bukan sahaja kerana azam kuat untuk “jiwakan” hasil kerja. Tetapi kerana “perempuan”.
Darah muda.. segalanya boleh berlaku. Aku tak kata diri aku gay.. tapi aku nak simpan jiwa aku untuk benda aku minat buat masa tu dan tutup kejap hati untuk berawek awek ni.
Hasilnya memberangsangkan.. atas kesan dari jiwa hitam yang aku lalui aku berjaya mengorak langkah ke alam pekerjaan.
Aku dipinang oleh tempat aku belajar ketika itu untuk bekerja dengan unit mereka..