Salamsz dude
Sedo tak sedo dah 10 tahun lepas S.P.M 1997 ..aku jadi begini. Jadi apa? tauke gule? penjual CD haram?.. bukan.. jadi salah seorang pereka media digital le, alah bukan susah nak jadipun.. penting dia bermula dengan sebuah azam.. lepas tu jadilah perjuangan.. bukan asam ya.. azam.
.. Ntah camna aku berminat nak kongsi cerita dalam blog friendster ni.. sebenonya aku ni jenis tak suke tulis blog pasal jiwe jiwe ni.. tapi disebabkan ni je medium aku boleh bercerita.. jadi aku ceritakanlah kisah dari mula sampailah sekarang aku berjaya mencapai cita cita sungguhpun aku masih terasa sampah lagi sardin di jiwe ini..
Semuanya bermula pada tahun 1993, masa tu aku form 1.. aku heran camna dinasour nampak real dalam film, yang bestnya.. dubur dinasour tu pun real… gilerlah.. alah cerita jurassic park tu ler. So dari situ, aku dah start minat dalam keadaan kecil kecilan, masa tu mana aku tau pakai software 3d lagi.. apatah lagi solitare.. alah windows pun aku tak reti. aku tau main game jer.
Dari form 1, sampailah ke form 5. Aku memang malas baca buku, nak lagi bab menghafal. Jangan kata aku skor.. setiap semester aku mesti dapat nombor tercorot-terbaik tau. Kalau 45 jumlah student.. aku mesti dapat nombor 35-40.. tak penah last la.
Buku sejarah coklat zaman tu, takan ada dalam mana mana page takde conteng. Aku mesti conteng punya. Aku bosan tengok muke alfonso de albuquerquer tu, so aku tukarkan dia jadi alfonso gaban.. maka terciptalah helmet dikepala beliau dengan lukisan pen biru aku.
Semakin lama.. semakin banyak.. sampailah ke katun kecik kecik aku lukis. Banyak tiru stail komik Juara Wira time tu. Ada je bebola api memacut disetiap halaman buku coklat tu.
Semakin ketara, aku semakin tak berminat membaca.. apatah lagi menghafal. Pada satu ketika aku dapat sedar.. aku bukan lebih pada teori. Tapi lebih pada praktikal.. Aku dapat kesan benda yang aku mahir adalah benda yang praktikal. Ya.. aku penah ponteng kelas dan main game kat petaling street dan kotaraya tingkat 4. Setiap kali pergi.. aku mesti main dengan macam macam skill.. sampailah.. ramai bebudak gamers kat sana dah malas nak lawan aku..
Sejak dari itu, aku sedar.. aku bukan jenis boleh minat benda aku tak suke. Kalau aku kata aku tak suke hafal benda kena hafal.. aku memang tak suke. Tapi kalau benda tu babit pusing pusing skit macam matematik.. aku suke.
Masa form 5, kebangkitan roh bermula. Pelan pelan.. aku terer matematik. Serius sepanjang form 1-4, aku dapat 20/100 je paling tinggi beb..
Ya.. kebangkitan itu bermula…
Hebat, cerita kamu membuat saya teringat kembali kisah lama saya semasa di sekolah dahulu.
Kisah sekolah saya hampir sama dengan kamu.
Tetapi yang zaman yang hebat bagi saya adalah zaman kebangkitan juga.
By: zeyrie on August 21, 2008
at 5:12 pm
for the first time aku baca blog org lain smpai abeh…
haha…
best lak cite kau nie.. ala ala kisah hidup aku lak..
wawa..
By: onepc on April 4, 2009
at 10:39 am