Segalanya bermula sebab kemahuan jiwa, ya aku ada berkata dengan diri aku satu ketika aku bersendirian di jamban. Aku nak jadi orang terer buat effect holiwood tuh. Pada masa tu tahun 1997, aku cakap kat kawan kawan sekelas di Sekolah Menengah St John.. aku nak buat naga terbang dalam film. Aku nak jadi pereka 3d komputer.
Kawan kawan aku boleh bantai gelak pulak.. ada yang tak pecaya aku boleh buat benda tu. Sebab masa tu, zaman henfon baru nak naik.. so bila tanya cita cita dan apa benda nak buat lepas dah habis University.. smer kata nak jadi akauntan la.. doktor la.. lawyer la.. well, kalau sapa tanya aku.. aku cakap je nak jadi orang yang boleh letak naga nampak hidup dalam tv@film.
Bila tenaga sedar aku melambung, dengan tak sengaja.. aku jadik jiwang. Ha.. ni satu lagi benda aku tak sangka. Sebab aku sedar masa tu kalau ikut kalangan geng geng glamer… aku paling sardin lagi tak hensem kat sekolah. Aku makan sensorang, aku lepak pun sensorang.. kalau ada member pun.. 2-3 keping je suka lepak ngan aku.. sembang pasal komik, game dan wrestling.
Semuanya bermula masa zaman baru nak gatal bermakwe.. aku memang tak pernah ada makwe masa tu. Kalau ada pun, aku ngorat tak jadi je.. alah, sapa nak layan lelaki kurus muke cekung tak hensem ni.. hahahah gile emo.
Time tu kat tuisyen, hari sabtu dan ahad zaman tu aku bertuisyen kat Kasturi.. memang orang KL akan cakap.. tusyen nafsu. Ya.. semua cikgu kat situ kepala gile tahap kepala basikal. Masing masing ada teori mengajar masing masing.. yang bestnya teori lucah yang diberi cikgu matematik india kat sana sentiasa memberi perangsang time aku praktis. Ya.. tak nafi.. kelucahan extrimnya boleh buat aku berminat nak terer. Dan terer ni aku nak jadikan permulaan untuk sebuah kemahiran yang ingin aku kuasai.
Aku kenal sorang awek ni kat situ. Dalam peratusan pembangkit kuasa sedar aku.. awek ni pun juga turut serta dalam kronologi aku ni. Ya, memang korang akan ketawa dan jentik buah kerandut dengar kisah ni. Aku pun syok bila recap balik kisah ni.. dalam tak sedar.. ketidakupayaan aku nak mengorat awek ni.. membuatkan aku sekarang dah keluar dari kepompong takut dan semakin lama.. wujudlah satu perkataan yang menjadi watak cerita aku.. aku semakin rakus.
Kerakusan aku semakin bertambah.. apabila semakin frust.. dan semakin frust. Senang cerita ala ala lagu Eddie Hamid + Disneyland la. Ya, hari demi hari.. kisah frust aku dengan awek tusyen kasturi ni menjadi perbualan budak budak kelas. Sebab apa? aku boleh buat diari/kisah yang berlaku dengan awek tu dalam bentuk nota bewarna ala ala karipap ceria.
Fuhh.. kalau aku baca balik nota ceria pelangi tu. Aku sendiri gelak. Tapi disebalik gelak aku sedar.. proses tu telah mengeluarkan segala jiwa jiwa luka aku dan apabila sampai satu ketika.. aku bertukar dari seorang penyajak jiwang ke satu bentuk yang lebih rakus. Ya .. rakus itu semakin membara…
S.P.M pun tamat.. dan 4 bulan nak tunggu result tu aku tak buat apa pun. Kerja pun tak.. aku duk rumah layan super nintendo dan game katridge bertajuk mortal kombat 3.
Sebaik sahaja keputusan S.P.M diumumkan…….
Minat saya sama seperti kamu dan keputusan SPM saya lebih teruk, hahaha.
By: zeyrie on August 21, 2008
at 5:15 pm
wahh pet,aku baca blog ko teringat aku zaman dahulu rupanya sezaman lah kita.tapi masa jiwa ko kegelapan aku tak gelap hehehe..aku layan core core je time tu..mesti ko masih ingat picad,fire dikotek,life center,yang sebelah restoran kat otel istana dan lain lain lagi
By: Harvey Malaiholo on September 20, 2008
at 8:58 pm